03 April 2016

Tukaran mata wang

Salah satu kesilapan saya pada tahun lepas adalah pembelian mata wang jepun, yen.

Sewaktu membelinya, pengurup wang menjual 1000yen sebanyak rm38.50! Sebelum ini pada tahun 2014, 1000yen lebih kurang rm30 sahaja! Jadi saya hanya membeli yen sebanyak rm2000 & kerana itu, saya cuma berbelanja lebih kurang rm947 semasa di jepun.

Kali ini, saya tidak tergesa-gesa membeli won korea berikutan perbandingan dari bulan Disember 2014 sehingga april 2015 dengan merujuk Bank Negara. Maklumat ini lebih diyakini berbanding Google.

Sekarang ini ada aplikasi Currenseek, lagi mudah membandingkannya dengan pengurup-pengurup mata wang yang berdaftar dengannya. Tapi agak tak munasabah kerana pernah terlihat ada pengurup di KLIA jual dengan harga murah.

Sekiranya anda mahu ke sesuatu destinasi, lebih baik merancang bila dan berapa banyak hendak membelinya.

Adakah saya akan membuat tukaran rm2500 ke won korea 0.3387=rm100 sekarang? Buat masa ini saya cuma tunggu & lihat sama ada boleh beli won korea 0.30=rm100.

Ps: saya inshaALLAH takkan ke pengurup wang berlesen yang terletak di KTM Klang lagi kerana layanan diberikan.

Ps2: saya masih menyimpan lagi baki wang yen jepun & tunggu masa yang sesuai untuk menjualnya, ala ala pelabur "forex".

15 Disember 2015

Menaiki Subway di Tokyo selama 5 hari tanpa had dengan 3100 yen!

Saya cuma berbelanja sebanyak 24,611yen bersamaan RM947 (harga belian 1000yen=38.50) dari 3/10/2015 sehingga 8/10/2015 ketika di sana.

Di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda (Haneda International Airport), terdapat kaunter yang menjual pelbagai tiket keretapi serta pas-pas lain & satu lagi kaunter jualan "Keikyu pass".

saya membeli "Keikyu pass" yang disertakan dengan tiket 3 hari "tokyo metro subway"+"toei subway"= 1900 yen.
di kaunter satu lagi, saya membeli tiket 2 hari "tokyo metro subway"+"toei subway"= 1200 yen.

di kaunter tersebut, tiket 3 hari "tokyo metro subway"+"toei subway" berharga, 1500 yen.
"keikyu pass" dengan pilihan tiket 3 hari "tokyo metro subway"+"toei subway" ini berharga 1900 yen kerana disertakan dengan tiket "Keikyu line" bermula dari Lapangan Terbang Haneda ke stesen subway lain .
Manakala, tiket "keikyu line" berharga 410 yen sekiranya tidak dibeli bersama pas.

[Tokyo Subway 3-Day Ticket + Keikyu Line One-Way Ticket]
Adult: 1,900 yen, Child: 950 yen
[Tokyo Subway 2-Day Ticket]
Adult: 1,200 yen, Child: 950 yen
[ketika balik semula ke Lapangan Terbang Haneda dari stesen Higashi-Ginza]
410 yen
=3,570 yen
ketika saya di sana pada bulan 10, tiada "keikyu pass" dengan tiket "keikyu line" berulang alik, hanya tiket "keikyu line" dari Lapangan Terbang Haneda pergi ke stesen lain (boleh melebihi stesen Sengakuji, jadi tanyalah petugas di kaunter anda hendak ke mana & dia boleh berikan cadangan terbaik. tanya juga cadangan pertukaran stesen ketika anda hendak balik semula ke Lapangan Terbang).

sekarang mereka telah tawarkan "keikyu pass" dengan tiket berasingan "keikyu line" pergi & balik, http://www.tokyometro.jp/en/ticket/value/airport_bus/index.html
(mungkin kerana mereka baru tersedar, "awat kita tak buat tiket 2 hala, 1 pi, 1 lagi mai?" setelah saya pernah bertanyakan mereka di facebook & ketika di sana. saya boleh jimat 70 yen kalau mereka bertindak awal-awal)

tapi, cuba kira semula maklumat terkini di laman web tersebut

[Tokyo Subway 3-Day Ticket + Keikyu Line One-Way Ticket]
Adult: 1,900 yen, Child: 950 yen
[Tokyo Subway 2-Day Ticket + Keikyu Line Return Ticket]
Adult: 1,900 yen, Child: 950 yen
=3,800 yen
Mana lagi jimat ya? Tapi saya tak memberi jaminan harganya 410yen.

anda boleh beli pas-pas tersebut di Lapangan Terbang sahaja & pembelian tiket ini telah diperluaskan di Lapangan Terbang Narita juga.

Terdapat juga aplikasi Android bagi laluan keretapi bawah tanah di Tokyo https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.tokyometro.tokyosubwaynavi & juga satu lagi aplikasi bagi laluan keretapi seluruh Jepun https://play.google.com/store/apps/details?id=jp.narita_airport.android.tabimori. Mohon bagi kerjasama di bawah sekiranya anda memerlukan tunjuk ajar.

Ke Korea Selatan pula pada bulan hadapan!


InshaALLAH selepas ke korea selatan akhir bulan April hingga awal bulan Mei, saya akan lebih menumpukan terhadap keluarga, pekerjaan, pekerja-pekerja, dan menaik taraf ke motosikal 600cc. Ini bermakna, saya akan menghadkan pengembaraan ke luar negara.

Nak ke korea selatan, persediaan kenalah ada seperti passport masih sah, lokasi kedai-kedai makanan yang mesra Muslim, ubat-ubatan seperti "muscle relaxant" & "pain killer" kerana badan serta kaki yang kerap sakit apabila berjalan jauh, pakaian, cuaca, pembelajaran bahasa korea, aktiviti-aktiviti yang hendak dilakukan, pengangkutan awam, dan sebagainya.

Hari pertama, saya akan mendarat di seoul & hari terakhir, penerbangan saya akan berlepas dari Busan. Hotel sudahpun ditempah, sebelum ini saya lebih memilih penginapan yang murah & kali ini saya menumpukan penginapan yang mendapat ulasan-ulasan yabg baik dari pelanggan-pelanggan booking.com. setakat ini, penginapan yang saya paling berpuas hati adalah di Greenhouse hostel di Nanning, Guangxi, China kerana tilam yang amat selesa, pemandangan yang menghadap sungai Nanning, turun sahaja dari hotel terdapat "bus stand", dan staff hotel yang membantu saya menulis nota untuk membeli tiket bas ke guilin.

Jadi, persediaan rapi memang perlu namun kita kenalah bersedia, jangan berputus asa serta bertawakkal bagi perkara-perkara yang kita tak jangka.

Dah sampai ke Tokyo, tapi nak makan apa?

PERINGATAN: Jangan sudah sampai ke sesuatu destinasi yang berlainan bahasa & agama baru terhegeh-hegeh nak cari makanan yang halal.

Kali ini saya ke Tokyo pada bulan 10, 2015 yang lepas. Niat saya nak makan makanan Jepun yang dimasak oleh warga Jepun. Sushi? Dengarnya mahal. Makanan yang halal pun mahal-mahal berikutan kos yang empunya kedai sahaja yang tahu mengapa harganya mahal.

1. UNATOTO/ 宇奈とと
Unadon / Nasi semangkuk dengan belut berharga 500 yen yang dinikmati di Unatoto berdekatan dengan stesen Kita-senju.

Saya telah membuat kajian demi kajian, ini di antara kedai makan yang saya syorkan di sana.
Bagi mereka yang boleh makan belut (geli ke? belut di sini rasa macam ikan keli) http://www.unatoto.com/?page_id=90&lang=en

menu pun ada, http://www.unatoto.com/?page_id=29&lang=en
bagi siapa-siapa yang rajin seperti saya, boleh sahaja "copy & paste" di aplikasi OneNote.
tapi paling senang, amalkan "cari kedai yang bergambar" supaya nanti bila pelayan datang, anda cuma tunjuk sahaja gambar.
ini dia menu bergambar di Unatoto! tak faham, tunjuk sahaja. tengok, semuanya belut.


siapa yang memang pandai guna "offline maps" (seperti aplikasi Android, boleh komen di bawah sekiranya mahukan tunjuk ajar)



2. TENYA/天丼てんや
Menu makanan ada di dalam bahasa Inggeris, https://www.tenya.co.jp/english/menu/menu/
Tapi dengarnya, kedai sebegini menggunakan mesin untuk membuat pesanan & sebab itu saya "copy paste" gambar ke aplikasi OneNote supaya mudah berurusan dengan pekerja di kedai makan.

Memang merupakan prinsip & juga amalan saya untuk membuat peta. (Seperti biasa, bagi mereka yang memerlukan tunjuk ajar jadi silalah komen di bawah.)
PERINGATAN: saya tak pernah ke kedai makan Tenya pun. Cuma selalu buat persiapan & juga, bila terbaca maklumat kandungan bahan-bahan digunakan, mereka ada peringatkan ada sebahagian (bukan semua) menu yang mengandungi babi https://www.tenya.co.jp/pdf/allergen.pdf
Kalau anda pergi ke sana, cuma cakap, "buta ganai, dore?" (tanpa bagi, mana?)

3. KAMEYA/かめや
Kedai ini merupakan di antara salah satu kedai makan soba/udon yang beroperasi 24 jam di Shinjuku & juga termurah di Tokyo.
Anda boleh ke blog ini, http://travelling.allrite.at/2015/02/staying-soba-in-omoide-yokocho.html
Bagi siapa-siapa yang tahu nak pesan, sila ke sini http://www.shinjuku-omoide.com/kameya/menu.html . seperti biasa, "copy & paste" ke OneNote atau Google Keep.

Saya ke sini hanya sekali sahaja berikutan Kino yang belanja makan, jadi Kino yang membuat pesanan. tapi saya yang syorkan Kino ke sini untuk bersarapan (nak bermegah ni, Kino yang orang Jepun pun tak tahu kedai ni)

Tapi masa makan, orang sebelah saya memesan, "zaru soba, kudasai" (mohon, zaru soba 1).
Ataupun, tunjuk pada nota di OneNote atau Google Keep anda.

PERINGATAN: Semasa menunggu kaunter jualan "Keikyu Pass" dibuka, saya bersembang-sembang dengan seorang penumpang yang menaiki kapal terbang yang sama. Orangnya comel, muka macam sepupu saya yang tinggal di Ipoh (punah hajat hendak berangan-berangan jodoh dengan siswa di Jepun (T.T) ) & pemakaiannya yang bertudung labuh serta berjubah pun sama!! Katanya, udon & soba menggunakan sup pati ikan (tapi masa di Kasukabe, Saitama. kedai soba di sana menggunakan sup pati itik bagi makanan tertentu) manakala ramen rata-rata sup pati babi, ayam dsb. walau bagaimanapun, berhati-hatilah di mana-mana jua.
Restoran Tomoeya yang menghidangkan soba dengan sup pati itik. Malangnya mereka cuti pada hari Rabu, Kimi (bukan Hakimi, namanya Kimiko) mesti marah setelah penat & berjalan jauh bertanya pada seorang kakak dekat Lala Garden.

4. Makan Onigiri
Nak onigiri murah-murah, dalam sekitar 100 yen (tak termasuk 8% GST di Jepun), rajin-rajinlah cari kedai serbaneka 24 jam 100 yen.

Amalkan ayat-ayat di bawah:
"sakana, dore?" - ikan, mana? (sambil-sambil tunjuk onigiri)
"sarmon, dore?" - "ikan salmon, mana?"
"konbu, dore?" - "rumpai laut, mana? (saya syorkan onigiri konbu/rumpai laut berkicap. Sedap!)
"buta ga nai, dore?" - "tanpa babi, mana?" (ini bagi mereka yang nak cuba-cuba termakan ayam goreng/karage yang haram, sebab darurat)

Ini onigiri dengan isi sayur serta bijan. Kimi kata, "this is good for you". Kimi ini kuat "membebel" (geram dengan dia).


5. Bawa makanan dari Tanah Air tercinta.
Saya suka makanan berat-berat, jadi beli kurma & sup ayam & daging di dalam tin keluaran ADABI.
Nak panaskan, guna kaedah dengan merendam tin dalam air panas.
Buat masa ini, saya tak gemar makan mee segera apabila berjalan-jalan.

Jug plastik dengan penutup hijau muda ini saya gunakan untuk memanaskan sup ayam dalam tin dengan air panas, sambil menonton rancangan kanak-kanak diacara oleh Momoiro Clover Z di pagi hari. Cuba bayangkan suatu ketika dahulu negara kita ada kumpulan Feminin & Elite, mungkin kita yang kanak-kanak ketika itu bangun pagi awal nak tengok rancangan diacarakan mereka.


Sama seperti ke Kyoto pada bulan Ramadhan 2014. Ramadhan maksudnya panas, hangat dalam Bahasa Melayu. Ini ALLAH nak uji kita supaya bersyukur tinggal di Malaysia sebab masa ke sana pada musim panas yang sangat-sangat panas. Masa menikmati sup ayam dalam tin dengan cicah roti, teringat masakan Bonda di kampu..... di bandar.
sebenarnya masa beli tiket, saya tak jangka bulan tersebut musim panas. (T.T)

Beringatlah wahai manusia, matawang Ringgit Malaysia jatuh. Dulu 1000yen=RM30.00, masa tukar di pengurup wang berlesen harga belian 1000yen=RM38.50 (hari itu sahaja naik sangat, ini ujian dari ALLAH maka redhalah. tapi dalam hati tak habis-habis saya mengutuk pengurup kedai tersebut.). Ini nak beri peringatan, lain kali ikut naik turun matawang!
-----------
AlhamduLILLAH, syukur setelah sekian lama (berlengah sebenarnya) niat hendak menerbitkan blog berkesampaian juga.